Drama TV Rekreasi 4WD
Semalam Di Kinaboi, itulah sebuah drama TV berkait rekreasi 4wd lakonan Aman Graseka, Sham Visa, Radhi Khalid, Emma Akma, Intan Marini, Norish dan Tazrina yang pernah diadakan penggambaran suatu masa dulu.
Tele-movie arahan J.Kadir ini telah diadakan penggambaran berhampiran kawasan air terjun di kampung Orang Asli Slim River, Perak telah ditaja oleh Ford Ranger dan Coleman.
Keseronokkan berlakon sambil berekreasi, tanpa disedari rupa-rupanya selama 9 hari dan 8 malam semua artis terbabit dan krew produksi telah berkhemah di kawasan hutan dekat air terjun. Sehingga hari terakhir penggambaran, masing-masing terasa sayang hendak meninggalkan lokasi yang memberikan mereka pengalaman dalam rekreasi 4wd. 
Emma Akma, Aman Graseka dan Norish bersama 2 pelakon Orang Asli.
Artis-artis dan krew bergambar kenangan.
Sham Visa dalam Ford Ranger yang ditaja.

Aman Graseka dan Norish bersama peminat-peminat Orang Asli.
Emma Akma dan Norish bersama kameraman Jamil.
Monday, November 17, 2008 | 0 Comments
Hummer 4WD
Dalam memiliki kenderaan 4WD, saya rasa anda kalian tentunya sependapat dengan saya bahawa semuanya ingin memiliki atau setidak-tidaknya berpeluang memandu Hummer 4WD ini. Tetapi kalau dah terlanjur dapat memandu Hummer, takkan nak pandu kat lebuhraya aje ya! Tentunya kita nak merasakan bagaimanakah tindak-balas dalam meneroka jalan lasak di hutan rimba kita. Betul tak?
Friday, November 14, 2008 | 0 Comments
Rekreasi 4WD - Musim Hujan


Satu rekreasi 4WD atau lebih tepat lagi Cabaran 4WD Musim Hujan akan diadakan pada bulan Disember ini. Ekspedisi 4WD selama tiga hari dua malam ini akan bermula dari pekan Slim River, Perak menuju ke Post Tenau dan keluar ke Kuala Lipis, Pahang.
Acara ini terbuka kepada semua pemilik-pemilik 4WD di Malaysia dan juga peserta-peserta luar negara. Dalam ekspedisi hardcore cabaran musim hujan itu dijangka akan menempuh laluan yang sukar dan tidak menentu. Maka kepada peserta-peserta yang ingin mengambil bahagaian perlulah mempunyai kelengkapan sepenuhnya ke atas kenderaan 4WD mereka.
Ekspedisi lasak anjuran Slim 4WD ini dijangka akan menarik minat ramai peserta-peserta luar negara. Selain daripada itu pihak penganjur juga sedang berurusan dengan beberapa sayarikat penaja. Pada malam pertama di Post Tenau, pihak penganjur akan mengadakan malam amal dan sumbangan derma pakaian dan barang-barang makanan kepada penduduk Orang Asli di Post Tenau.
Thursday, November 13, 2008 | 0 Comments
Land Rover Discovery 2009
Land Rover Discovery pernah digunakan untuk acara lasak Camel Trophy menggantikan model Defender. Ketika itu model Discovery yang telah diubahsuai untuk acara itu memang nampak gah dan macho. Ditambah pula dengan dipasangkan winch dan lain-lain kelengkapan 4WD pada kenderaan itu memang nampak maskulin.
Tetapi apabila saya mendapat gambar model Discovery 2009 baru-baru ini, memang saya terkejut. Macho dan kejantanan model Discovery telah hilang. Dengan reka-bentuk berkotak begitu ia hanya sesuai sebagai kenderaan dalam bandar sahaja.
Apa pendapat anda?
Wednesday, November 12, 2008 | 0 Comments
Motosikal 2WD
Kalau selama ini kita hanya bercakap tentang kenderaan 4WD, rupanya sudah terdapat motosikal 2WD. Motosikal Yamaha berkuasa 450cc mula dikeluarkan pada tahun 2004 untuk acara lasak off-road. Saya akan masukkan ke sini apabila saya mendapat speksifikasi lengkap motosikal ini nanti.
Wednesday, November 12, 2008 | 0 Comments