Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Shooting TV Documentary on 4WD


Fadzly terpinga-pinga ketika tiba di Kg. Orang Asli


Jurukamera Atai mencari sudut yang baik.


Fadzly di sungai ketika penggambaran 'Poskad Fadzly'


Ladang buah naga Encik Hatta di Batu 6, Jalan Cameron Highland.

It has been quite sometimes I have not write anything in this blog. Reason being I was very busy shooting documentary for local TV station.

This documentary on agriculture took me to the farms and plantations in the outskirt with tough terrains and muddy off-roads.

Thanks God, I'm very lucky to be driving the 4WD during the whole shooting of the documentary. Otherwise it will definitely causing me troubles and delay in the shooting.



Campsite 4WD



Campsite untuk rekreasi 4WD adalah sesuatu yang amat penting. Ia mestilah suatu tempat menarik yang dapat memberikan kita suatu ketenangan diri seperti di tepi sungai cantik yang jernih dan airnya mengalir perlahan atau di tepi air terjun.

Tempat-tempat sebegini akan memberikan kita satu kepuasan. Apatah lagi kalau ada anak-anak ikut sama, ia sudah tentu menyeronokkan mereka. Sambil manda mandi dengan selamat tanpa apa-apa gangguan, kita boleh melakukan aktiviti lain bersama anak-anak.

Kalau suri rumah ikut sama, tempat sebegini mampu membuatkan mereka menyediakan makanan yang enak dan sedap untuk kita. Ini akan memberikan satu kegembiraan yang jitu dalam kita menyertai rekreasi itu.

Dalam rekreasi sebegini sudah menjadi satu kebiasaan kita membawa peralatan memasak dan barang-barang dapur yang selengkapnya.

Sehinggakan pernah suatu masa dulu seorang kawan yang baru balik dari New York menyertai kami, dia bukan sahaja terkejut dengan apa yang kami bawa. Bahkan komen beliau cara kami menyediakan hidangan pun mengalahkan hotel 5 bintang.

Kita pasang meja jenis lipat siap dengan kain alas dan menggunakan pinggang makan dan pinggang lauk jenis melamine. Selepas makan pula ada hidangan kopi dan buah-buahan jenis import. Beruk dalam hutan pun terkejut dengan cara kami makan.

Tetapi berlainan pula dengan menyertai ekspedisi 4WD lasak. Dalam ekspedisi begini campsite kita biasanya tidak menentu. Janji tanah rata boleh pasang kehmah pun sudah memadai. Jangan nak harap ada sungai atau air terjun, kalau tepi kolam yang berlumpur pun sudah kira baik.

Kadang-kadang tu kawasan yang becak pun boleh menjadi tapak campsite. Cara masak pun hanya sekadar ala-kadar ajelah. Roti dengan sardin mentah pun sedap.



4WD & Warisan Rimba



Masuk hutan untuk rekreasi 4WD memang seronok. Tetapi dalam pada seronok itu, kita tidak harus abaikan dalam menjaga warisan rimba kita untuk generasi akan datang.

Sekarang kita seronok dan bangga kerana hutan rimba di Malaysia masih cantik, penuh dengan tumbuhan flora dan fauna yang cantik-cantik. Tetapi apakah 10 tahun atau 20 tahun akan datang, ia akan tetap sama? Apakah ia akan kekal cantik?

Tengok saja pada penerokaan hutan yang semakin berluasa! Sana sini balak ditebang. Tak kiralah sama ada sah atau haram. Kalau ini tidak banteraskan, lambat laun hutan kita akan jadi padang jarak padang terkukur. Generasi akan datang langsung tidak berpeluang merasainya atau mungkin mereka tidak akan kenal apa itu hutan.

Dalam mengatasi masalah ini, aku rasa sudah tibalah masanya pihak kerajaan kita mengimposedkan satu undang-undang dan denda yang berat bagi mereka yang melakukan pembalakan haram.

Selain itu, kita juga yang masuk dengan 4WD sudah menjadi satu tabiat suka membawa balik tumbuhan-tumbuhan hutan seperti orkid liar dan sebagainya. Amalan ini juga akan merosakkan flora dan fauna hutan kita.

Kepupusan binatang liar yang dilindungi juga turut dirasai. Sehinggakan landak, kancil, rusa pun sudah jarang ditemui. Sehingga sehari suntuk perjalanan kalau kita berjumpa dengan seekor biawak pun kira dah bernasib baik.

Jadi apa lagi yang ada di hutan kita sekarang? Selain dari penebangan kayu balak yang merosakkan eko-sistem hutan kita, binatang liar juga sudah semakin pupus.

Itu tidak termasuk lagi pencemaran hutan yang dilakukan oleh kita yang kononnya pergi untuk rekreasi 4WD. Jadi sampah sarap seperti botol, plastik dan tin-tin minuman dan makanan janganlah dicampak sesuka hati di dalam hutan.

Sama-samalah kita jaga 'Warisan Rimba' kita demi generasi yang akan datang!!



4WD Bukan Racing


4WD bukan untuk racing atau drifting. Banyak orang anggap 4WD memberi cengkaman baik pada keempat-empat tayar maka boleh pandu laju dan boleh kona baring. Ya! Kalau itu diamalkan, jawabnya terbaringlah dalam gaung.

Fahaman 4WD terbahagi kepada dua. Pertama, kereta 4WD untuk kegunaan dalam rally kerana memerlukan traction yang jitu pada kelajuan dan tinggi. Kedua, jip 4WD seperti Land Rover, Toyota Hilux dan sebagainya. Kenderaan jenis ini adalah untuk kegunaan laluan off-road di hutan dan perlu dipandu dengan hati-hati dalam melepasi setiap halangan.

Tapi macam mana pula dengan 4WD jenis jip yang digunakan dalam Rally Paris-Dakkar boleh dipandu laju?

Dalam perlumbaan seperti itu setiap kenderaan tidak membawa bebanan barang-barang kecuali tayar spare. Lagi pula kenderaan 4WD yang menyertai rally itu telah diubahsuai supaya boleh dipandu dalam kelajuan yang tinggi.

Menyertai acara 4WD seperti Camel Trophy umpamanya, setiap kenderaan perlu dipandu untuk melepasi halangan satu demi satu.

Dengan muatan barang yang banyak dan dengan terdapatnya winch pada bahagian bumper depan, sekiranya dipandu dalam kelajuan yang tinggi dalam mendaki atau menuruni bukit yang licin, apakah ia senang dikawal?

Kalau nak tahu, apa kata anda sendiri pandu laju dalam situasi begitu. Tapi ingat, pandu sendiri punya, jangan 4WD pinjam.



Fasting 4WD



Jangan terkejut pula bila tengok tajuk Fasting 4WD. Sebenarnya dalam bulan Ramadhan ini aktivity 4WD terpaksa dibekukan kerana puasa.

Timbulnya ayat Fasting 4WD ialah kerana seorang kawan Cina yang bolehlah bercakap orang putih secara broken-broken. Dia beritahu ada sekumpulan mat salih dari United Kingdom perlukan khidmat aku untuk bawa mereka masuk hutan dengan 4WD.

Aku Kata tak boleh kerana ini bulan puasa. Dia takut mat salih tak reti bila dia sebut puasa, lalu dia minta aku terangkan puasa dalam bahasa inggeris. Aku suruh dia cakap, fasting month no 4WD. Tapi dia pula pergi bagitahu mat salih, 'this month fasting 4WD'.

Mat-mat salih itu mula pening dibuatnya. Terpinga-pinga mereka terpaksa datang jumpa aku.
Nampaknya minggu depan aku terpaksa menggunakan khidmat Atan untuk membawa mereka ke hutan.