Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Tidur Dalam Hutan


Kita boleh sebut berkhemah dalam hutan atau bahasa yang lebih commercial ialah camping. Tapi saya sengaja gunakan perkataan 'tidur' supaya anda akan lebih terasa adventure dan rapat dengan suasana dalam hutan.


Pengalaman saya hampir 20 tahun keluar masuk dan tidur dalam hutan setakat ini alhamdulillah tidak pernah menghadapi apa-apa dugaan besar. Setakat dugaan kecil-kecil tu adalah. Tapi itu hanyalah perkara biasa. Nama lagi tidur dalam hutan.

Seperti yang saya katakan, apabila berada dalam hutan mulut jangan celupar. Jangan menyombong diri, takbur dan angkuh. Sekiranya kita berniat baik, 'mereka' tentunya tak akan ganggu kita.

Kadang-kala kita ternampak sesuatu, tetapi kawan kita tak nampak. Ada juga kita terdengar suara pelik, tapi kawan kita tidak mendengarinya. Jadi, cara terbaik buat tak tahu. Hati rasa berdebar juga bila ternampak dan terdengar benda yang pelik-pelik, kuatkan semangat buat tak reti aje. Semua itu dugaan...! Tak, ini betul-betul! Dugaaaan.....!!!

Ada juga saya dengar cerita seorang kawan yang takbur, malam itu dia masuk tidur ke dalam khemahnya dengan badannya berbungkus dengan sleeping bag, tetapi pagi esoknya dia sedar yang tidur di tepi sungai dengan keadaan sebagaimana dia tidur dalam khemah malam tadi.

Saya tidak bermaksud hendak menakutkan anda semua. Tetapi dalam apa keadaan kita harus waspada. Jangan sampai sesuatu yang tidak diingini berlaku pada kita.

Sebaiknya apabila tiba di kawasan hutan, kita berselawat dan sedekahkan 7 kali al-Fatihah. Insya-Allah kita akan dilindungi.

Ketika berkhemah kalau rasa was-was dan takut pada ular atau lipan, jalan terbaik taburkan belerang atau sulphur di sekeliling khemah anda.

Untuk mengelak daripada binatang buas, sebaiknya letakkan sebuah lampu hurricane di luar khemah atau nyalakan unggu api. Pengalaman saya berbuat demikian alhamdulillah berjaya menghindari binatang buas daripada merapati kawasan khemah kami.

Tetapi saya sebenarnya sebagai seorang yang kuat hisap rokok, saya tak tidur dalam khemah. Sebaliknya saya hanya pasang canopy kat pokok dan pasang katil untuk tidur. Pengalaman tidur begini dalam hutan memang seronok. Kalau ada terdengar apa-apa ambil torchlight, suloh....



Pantang Larang Dalam Hutan



Apabila kita meneroka ke dalam hutan, ia bolehlah diibaratkan kita memasuki sebuah negara lain. Di mana di setiap negara di dunia ini mereka ada polis, immigresyen dan kastam demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara masing-masing. Senang cakap, mereka ada undang-undang dan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman kepada yang bersalah.

Begitulah juga dengan sebuah 'negara' yang dinamakan hutan ini. Ketika kita memasukinya hendaklah memberi salam sebagai tanda hormat. Ia seumpama imigresyen yang akan cop paspot kita. Setelah berada di dalam, kita jangan pula melakukan apa-apa kesalahan kerana mereka ada polis yang akan membuat tangkapan.

Setelah ditangkap oleh polis, pesalah akan dibawa ke mahkamah dan hukuman yang setimpal akan dikena atau dijatuhkan kepada pesalah itu. Silap haribulan kena pulak hukuman penjara seumur hidup. Mati kita kat dalam hutan tu....!

Apabila hendak keluar dari hutan, ada pula pihak kastam yang akan memeriksa apa-apa barang yang kita bawa keluar. Kalau mana yang kena bayar cukai, kita harus membayarnya. Tetapi ada negara, sesetengah barang tidak boleh dibawa keluar dari negara itu.

Kesimpulannya, saya harap anda semua faham simbolik coretan saya ini. Senang cakapnya bila masuk hutan, "you take nothing except photographs and leave nothing except footprint.

Satu lagi petua penting ketika di dalam hutan: i). You See Nothing ii). You Hear Nothing iii). You Say Nothing.

Ketika di dalam hutan banyak ujian akan berlaku. Umpamanya kita terpandang sesuatu, tetapi kawan kita tidak nampak apa yang kita nampak tadi. Begitu juga kita terdengar sesuatu, tetapi kawan kita tidak dengar apa-apa.

Jadi cara yang terbaiknya ialah DIAM! Jangan kata apa-apa. Dan yang paling penting sekali, mulut kita jangan cabul atau celupar.

Selamat bercamping dalam hutan.
Sekiranya anda ikut petua ini semasa berada di dalam hutan, insya-Allah anda akan selamat.



Nasi Buloh




Makan malam kita semasa camping nanti, kami rancangkan untuk mengadakan nasi buloh. Katanya hidangan nasi buloh ini amat lazat dan menyelerakan. Pengalaman saya sendiri yang sudah hampir 20 tahun keluar masuk hutan belum berkesempatan menikmati hidangan nasi buloh ini. Jadi untuk malam itu, memang kami looking forward for it.

Beras yang dibasuh bersih akan dibungkus di dalam daun 'lerek' dan dimasukkan ke dalam buloh yang banyak terdapat di situ. Kemudian ia akan dibakar seperti membakar lemang sehingga masak.

Saya diberitahu bahawa hidangan nasi buloh ini amat sedap dimakan dengan sardin. Tetapi sebagai tambahan menu, kami akan sediakan lauk ikan tengas atau ikan kelah. Untuk peserta yang tak makan ikan air tawar, kami akan sediakan hidangan ikan laut. Kalau nasib kita baik, kita berpeluang merasa daging landak.

Peringatan penting kepada semua peserta, minuman mineral water mereka mesti sediakan sendiri. Penganjur hanya menyediakan minuman kopi dan teh sahaja.




Campsite Gapis Adventurous




Seperti yang dilihat dalam gambar-gambar di atas, itulah tapak campsite Gapis Adventurous pada 7hb - 8hb Februari nanti.

Tapak campsite ini dikendalikan oleh penduduk tempatan di mana kita dikenakan sedikit yuran untuk sewa tapak itu. Di samping itu, untuk kemudahan kita ada sebuah tandas dan mereka akan menyediakan generator set untuk menyalurkan api letrik kepada kita, Jadi malamnya taklah gelap sangat.

Tapak campsite ini sudah pelancong-pelancong luar dan dalam negeri datang camping ini kerana sungai yang cantik. Selain itu di sungai ini terdapat banyak ikan kelah dan tengas. Cuma kalau ada peserta yang bawa anak-anak kena berhati-hati sikit selain dari airnya deras, batu-batu di sungai ini agak licin.

Jadi kami mohon pada ibu bapa yang anak-anak, mereka mestilah bertanggungjawab ke atas keselamatan anak-anak mereka. Penganjuran kami hanyalah untuk keseronokkan kawan-kawan dan bukannya bermotifkan keuntungan. Mana yang boleh kami awasi, kami akan awasi setakat kemampuan kami. Tetapi sekiranya berlaku kemalangan, janganlah pula kami dituduh tidak bertanggungjawab.

Senang kata, "everybody at their their own risk".



Atan 'Tok Batin'


Setiba kami di Slim Village, saya memperkenalkan Khyrul Alfie, Kmangz Azam, Zali dan Shahron Nizan kepada Atan 'Tok Batin' yang akan menjadi orang kuat kita dalam menjayakan Adventurous Gapis nanti.

Kalau anda tengok yang ada sebatang aje kat Atan Tok Batin tu, anda jangan pulak gelak. Sebenarnya saya pernah bersuara pada dia untuk sponsorkan denture, tapi katanya tak boleh kerana gusinya terlalu kuat, nantikan habis denture tu dimamahnya.

Tapi apapun dia tak hebohkan tentang itu seperti pemain hoki negara yang suka heboh dalam TV mengatakan, "mereka tak gelakkan saya lagi sekarang, bahkan saya gelak besar pada mereka".

Saya kenal Atan Tok Batin ni 15 tahun lalu kat dalam hutan. Masa tu saya pergi bersama grup KTM Dirt-Bike dengan menunggang motosikal KTM keluaran terbaru. Kami camping di Post Tenau dekat sempadan Perak/Pahang.

Atan Tok Batin pun ikut sama di bawah Pejabat Daerah Slim River dengan menunggang motosikal scrambler Suzuki TS125. Masa camping malam tu saya tak kenal dia. Tetapi masa balik besok...entah macam mana saya boleh sesat dalam hutan. Nasib baik Atan nampak saya dan dia pandu saya keluar dari hutan.

Mulai saat itu saya berkawan baik dengan baik dia. Sehinggakan saya dapat beli tanah kebun saya di sana pun dia yang tolong. Tolong ada makna, tauuuu!!! Hehehe...!

Untuk tapak campsite kita nanti Atan Tok Batin juga yang syorkan kami camping di situ. Suara ramai daripada saya, Khyrul Alfie, Shahron Nizan, Zali dan Kmangz Azam bersetuju sangat dengan campsite di situ.

Kami berharap semua participants Adventurous Gapis akan suka dengan campsite itu.