Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Kejayaan Gapis Adventurous



Tidak ada lain perkataan yang dapat saya luahkan selain daripada syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana di atas izin-Nya maka berjayanya acara camping untuk ahli-ahli facebook selamat dijalankan seperti yang dirancangkan.

Kejayaan acara ini juga saya panjangkan ucapan terima kasih yang tidak ternilai kepada saudara Khyrul Alfie dari facebook grup Snap2Share yang merupakan orang pertama yang memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya dari awal perancangan sehingga berakhirnya acara ini dengan penuh kejayaan.


href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3ky5FqYB5HmJeNqAp0OU5DJuJv01DYae8ZlOAM-kLWw87VA-0o6GKBlnjxw_sj3Ri9S-MWsffnIjY4nPuodRrNQl_vl9RnbN3LUyumMrAdGhFHkFNZYhDXVUsvwaszSAX988gPHJOtdA/s1600-h/DSC00685.JPG">
Ucapan terima kasih juga kepada saudara Azam Kmangz dan Shahron Nizan yang sanggup meluangkan masa dan tenaga mereka dalam membantu saya membuat recce camp site camping trip ini. Tetapi sayang sekali Shahron Nizan tidak turut serta dalam acara sebenar atas beberapa urusan peribadi. Insya-Allah beliau akan menyertai kami untuk acara seterusnya.


Jasa dan tenaga sumbangan dari saudara Azam Kmangz yang banyak membantu semasa berlangsungnya acara ini amatlah saya hargai.


Last but not least terima kasih saya kepada saudara Syahir Ismail dari FM2 yang turut meluangkan masa dalam mendapatkan peserta to join this camping trip dan juga menyiapkan banners dan t-shirt yang canggih untuk Gapis Adventurous.

Terima kasih juga kepada Adza Irdawati Adenan and hubby Mathias Ali yang bersusah payah mengumpulkan pakaian terpakai untuk didermakan kepada Orang Asli di kampung berhampiran camp site kami.



Tidur Dalam Hutan


Kita boleh sebut berkhemah dalam hutan atau bahasa yang lebih commercial ialah camping. Tapi saya sengaja gunakan perkataan 'tidur' supaya anda akan lebih terasa adventure dan rapat dengan suasana dalam hutan.


Pengalaman saya hampir 20 tahun keluar masuk dan tidur dalam hutan setakat ini alhamdulillah tidak pernah menghadapi apa-apa dugaan besar. Setakat dugaan kecil-kecil tu adalah. Tapi itu hanyalah perkara biasa. Nama lagi tidur dalam hutan.

Seperti yang saya katakan, apabila berada dalam hutan mulut jangan celupar. Jangan menyombong diri, takbur dan angkuh. Sekiranya kita berniat baik, 'mereka' tentunya tak akan ganggu kita.

Kadang-kala kita ternampak sesuatu, tetapi kawan kita tak nampak. Ada juga kita terdengar suara pelik, tapi kawan kita tidak mendengarinya. Jadi, cara terbaik buat tak tahu. Hati rasa berdebar juga bila ternampak dan terdengar benda yang pelik-pelik, kuatkan semangat buat tak reti aje. Semua itu dugaan...! Tak, ini betul-betul! Dugaaaan.....!!!

Ada juga saya dengar cerita seorang kawan yang takbur, malam itu dia masuk tidur ke dalam khemahnya dengan badannya berbungkus dengan sleeping bag, tetapi pagi esoknya dia sedar yang tidur di tepi sungai dengan keadaan sebagaimana dia tidur dalam khemah malam tadi.

Saya tidak bermaksud hendak menakutkan anda semua. Tetapi dalam apa keadaan kita harus waspada. Jangan sampai sesuatu yang tidak diingini berlaku pada kita.

Sebaiknya apabila tiba di kawasan hutan, kita berselawat dan sedekahkan 7 kali al-Fatihah. Insya-Allah kita akan dilindungi.

Ketika berkhemah kalau rasa was-was dan takut pada ular atau lipan, jalan terbaik taburkan belerang atau sulphur di sekeliling khemah anda.

Untuk mengelak daripada binatang buas, sebaiknya letakkan sebuah lampu hurricane di luar khemah atau nyalakan unggu api. Pengalaman saya berbuat demikian alhamdulillah berjaya menghindari binatang buas daripada merapati kawasan khemah kami.

Tetapi saya sebenarnya sebagai seorang yang kuat hisap rokok, saya tak tidur dalam khemah. Sebaliknya saya hanya pasang canopy kat pokok dan pasang katil untuk tidur. Pengalaman tidur begini dalam hutan memang seronok. Kalau ada terdengar apa-apa ambil torchlight, suloh....



Pantang Larang Dalam Hutan



Apabila kita meneroka ke dalam hutan, ia bolehlah diibaratkan kita memasuki sebuah negara lain. Di mana di setiap negara di dunia ini mereka ada polis, immigresyen dan kastam demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara masing-masing. Senang cakap, mereka ada undang-undang dan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman kepada yang bersalah.

Begitulah juga dengan sebuah 'negara' yang dinamakan hutan ini. Ketika kita memasukinya hendaklah memberi salam sebagai tanda hormat. Ia seumpama imigresyen yang akan cop paspot kita. Setelah berada di dalam, kita jangan pula melakukan apa-apa kesalahan kerana mereka ada polis yang akan membuat tangkapan.

Setelah ditangkap oleh polis, pesalah akan dibawa ke mahkamah dan hukuman yang setimpal akan dikena atau dijatuhkan kepada pesalah itu. Silap haribulan kena pulak hukuman penjara seumur hidup. Mati kita kat dalam hutan tu....!

Apabila hendak keluar dari hutan, ada pula pihak kastam yang akan memeriksa apa-apa barang yang kita bawa keluar. Kalau mana yang kena bayar cukai, kita harus membayarnya. Tetapi ada negara, sesetengah barang tidak boleh dibawa keluar dari negara itu.

Kesimpulannya, saya harap anda semua faham simbolik coretan saya ini. Senang cakapnya bila masuk hutan, "you take nothing except photographs and leave nothing except footprint.

Satu lagi petua penting ketika di dalam hutan: i). You See Nothing ii). You Hear Nothing iii). You Say Nothing.

Ketika di dalam hutan banyak ujian akan berlaku. Umpamanya kita terpandang sesuatu, tetapi kawan kita tidak nampak apa yang kita nampak tadi. Begitu juga kita terdengar sesuatu, tetapi kawan kita tidak dengar apa-apa.

Jadi cara yang terbaiknya ialah DIAM! Jangan kata apa-apa. Dan yang paling penting sekali, mulut kita jangan cabul atau celupar.

Selamat bercamping dalam hutan.
Sekiranya anda ikut petua ini semasa berada di dalam hutan, insya-Allah anda akan selamat.



Nasi Buloh




Makan malam kita semasa camping nanti, kami rancangkan untuk mengadakan nasi buloh. Katanya hidangan nasi buloh ini amat lazat dan menyelerakan. Pengalaman saya sendiri yang sudah hampir 20 tahun keluar masuk hutan belum berkesempatan menikmati hidangan nasi buloh ini. Jadi untuk malam itu, memang kami looking forward for it.

Beras yang dibasuh bersih akan dibungkus di dalam daun 'lerek' dan dimasukkan ke dalam buloh yang banyak terdapat di situ. Kemudian ia akan dibakar seperti membakar lemang sehingga masak.

Saya diberitahu bahawa hidangan nasi buloh ini amat sedap dimakan dengan sardin. Tetapi sebagai tambahan menu, kami akan sediakan lauk ikan tengas atau ikan kelah. Untuk peserta yang tak makan ikan air tawar, kami akan sediakan hidangan ikan laut. Kalau nasib kita baik, kita berpeluang merasa daging landak.

Peringatan penting kepada semua peserta, minuman mineral water mereka mesti sediakan sendiri. Penganjur hanya menyediakan minuman kopi dan teh sahaja.




Campsite Gapis Adventurous




Seperti yang dilihat dalam gambar-gambar di atas, itulah tapak campsite Gapis Adventurous pada 7hb - 8hb Februari nanti.

Tapak campsite ini dikendalikan oleh penduduk tempatan di mana kita dikenakan sedikit yuran untuk sewa tapak itu. Di samping itu, untuk kemudahan kita ada sebuah tandas dan mereka akan menyediakan generator set untuk menyalurkan api letrik kepada kita, Jadi malamnya taklah gelap sangat.

Tapak campsite ini sudah pelancong-pelancong luar dan dalam negeri datang camping ini kerana sungai yang cantik. Selain itu di sungai ini terdapat banyak ikan kelah dan tengas. Cuma kalau ada peserta yang bawa anak-anak kena berhati-hati sikit selain dari airnya deras, batu-batu di sungai ini agak licin.

Jadi kami mohon pada ibu bapa yang anak-anak, mereka mestilah bertanggungjawab ke atas keselamatan anak-anak mereka. Penganjuran kami hanyalah untuk keseronokkan kawan-kawan dan bukannya bermotifkan keuntungan. Mana yang boleh kami awasi, kami akan awasi setakat kemampuan kami. Tetapi sekiranya berlaku kemalangan, janganlah pula kami dituduh tidak bertanggungjawab.

Senang kata, "everybody at their their own risk".