Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

DAYA PEMIKAT KG. GAPIS

DAYA PEMIKAT KG. GAPIS

Di sebuah daerah dalam sebuah negeri di semenanjung Malaysia, di situlah terletaknya sebuah kampung yang dikenali sebagai Kg. Gapis. Majoriti penduduk Kg. Gapis terdiri daripada orang-orang Melayu. Rata-rata penduduk kampung ini bekerja sendiri, samada menoreh getah atau mengusahakan ladang sawit.

Sejak harga getah dan sawit melambung, ramai pendatang-pendatang daripada Indonesia mula menghuni di kampung ini. Samada mereka itu datang dengan izin atau tanpa izin, aku tak mahu sentuh.

Tetapi yang menariknya, mat-mat Bangla mula bermaustatin di sini. Yang lebih menarik lagi, salah seorang daripada mat Bangla itu sudah berkahwin dengan gadis tempatan dan mula membina sebuah rumah batu yang mengandungi 9 bilik tidur dengan berpagarkan tembok batu macam The Great Wall of China.

Bayangkan kalau sebuah rumah yang mengandungi 9 bilik tidur, itu sudah sama taraf dengan rumah selebriti di Hollywood. Untuk apa dia bina rumah sebegitu banyak bilik juga aku tak mahu ambil tahu.

Penduduk di sini pula berpecah kepada dua kumpulan. Lebih senang diterjemahkan, satu kumpulan kepada pro kerajaan dan satu kumpulan lagi berpihak kepada pembangkang. Itu juga aku tak mahu masuk campur, kerana aku tidak ada kepentingan politik.

Maka dua buah warung dan dua buah kedai runcit yang terdapat di kampung ini juga akan dilanggani oleh kumpulan masing-masing. Tetapi apa yang aku mahu sentuh, kedai runcit di sini boleh mengalahkan hypermarket. Apa tidaknya. Kita boleh beli daripada asam garam hinggakan kepada minyak petrol dan alat ganti motosikal.

Memasuki jalan ke Kg. Gapis, kita akan melalui rumah-rumah kampung Melayu dan terdapat beberapa buah bungalow batu yang dimiliki oleh mereka-mereka yang ada duit lebih. Dari mana mereka dapat banyak duit juga aku tak mahu ambil tahu.

Kemudian kita akan menempuhi kebun-kebun getah dan ladang-ladang sawit yang menjadi sumber pendapatan penduduk kampung itu. Di penghujung Kg. Gapis ini, terdapat dua buah perkampungan Orang Asli. Itu kita akan bercerita kemudian nanti.

Selepas melalui jalan ladang getah dan sawit tadi, kita akan menempuh pula laluan hutan atau 'off-road' yang agak mencabar. Selepas menuruni bukit yang kedua, kita akan bertemu dengan sebuah kebun durian dan pulasan yang sudah terbiar, tetapi pokok-pokoknya sungguh subur.

Bila ditanya kenapa kebun yang sebegini cantik boleh jadi terbiar. Jawab kawan yang membawa aku, "kebun ini akan dilelong kerana tuanpunya tak bayar pinjaman bank".

Aku ditawar untuk membelinya....