Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Campsite 4WD



Campsite untuk rekreasi 4WD adalah sesuatu yang amat penting. Ia mestilah suatu tempat menarik yang dapat memberikan kita suatu ketenangan diri seperti di tepi sungai cantik yang jernih dan airnya mengalir perlahan atau di tepi air terjun.

Tempat-tempat sebegini akan memberikan kita satu kepuasan. Apatah lagi kalau ada anak-anak ikut sama, ia sudah tentu menyeronokkan mereka. Sambil manda mandi dengan selamat tanpa apa-apa gangguan, kita boleh melakukan aktiviti lain bersama anak-anak.

Kalau suri rumah ikut sama, tempat sebegini mampu membuatkan mereka menyediakan makanan yang enak dan sedap untuk kita. Ini akan memberikan satu kegembiraan yang jitu dalam kita menyertai rekreasi itu.

Dalam rekreasi sebegini sudah menjadi satu kebiasaan kita membawa peralatan memasak dan barang-barang dapur yang selengkapnya.

Sehinggakan pernah suatu masa dulu seorang kawan yang baru balik dari New York menyertai kami, dia bukan sahaja terkejut dengan apa yang kami bawa. Bahkan komen beliau cara kami menyediakan hidangan pun mengalahkan hotel 5 bintang.

Kita pasang meja jenis lipat siap dengan kain alas dan menggunakan pinggang makan dan pinggang lauk jenis melamine. Selepas makan pula ada hidangan kopi dan buah-buahan jenis import. Beruk dalam hutan pun terkejut dengan cara kami makan.

Tetapi berlainan pula dengan menyertai ekspedisi 4WD lasak. Dalam ekspedisi begini campsite kita biasanya tidak menentu. Janji tanah rata boleh pasang kehmah pun sudah memadai. Jangan nak harap ada sungai atau air terjun, kalau tepi kolam yang berlumpur pun sudah kira baik.

Kadang-kadang tu kawasan yang becak pun boleh menjadi tapak campsite. Cara masak pun hanya sekadar ala-kadar ajelah. Roti dengan sardin mentah pun sedap.