Rindu Rekreasi 4WD
Bila dah lama tak masuk hutan, memang terasa rindu benar pada suasana damai di rimba. Mandi sungai yang jernih dan sejuk airnya. Pasang khemah, memasak secara ala-kadar dengan kawan-kawan. Dan keseronokkan memandu 4WD di laluan lasak dan mencabar.
Sapa-sapa yang biasa masuk hutan, kalau dah lama tak masuk hutan mesti bersetuju dengan pendapat aku ini. Seronoknya terasa lain macam. Kadang-kadang rasa tak nak balik ke Kuala Lumpur.
Pada sebelah malam, kalau kena hari hujan, kita memandu 4WD naik ke bukit dalam keadaan jalan yang tidak menentu dan licin, memang kegemaran aku. Bila 4WD tak lepas naik, terpaksalah kita tarik kabel winch lalu anchor pada pokok dan mula lakukan winching. Di sinilah ujian sifat kejantanan kita.
Kalau kena 4WD itu menggelusur ke bawah, terpaksalah cepat-cepat hadang dengan 4WD kawan atau gunakan snatch-strap diikat pada pokok supaya 4WD kita tak jatuh.
Lagi satu yang paling seronok bila kita terpaksa berkhemah pada malam hari di tempat yang kita tak tahu keadaannya. Risau kalau-kalau ada binatang buas atau ular tedung. Namun semua itu kita hadapi dengan semangat kelelakian.
Dah tiga empat hari duduk dalam hutan, bila balik ke rumah barulah terasa penat. Tidur pun tak nak diganggu.
*Mari kita masuk hutan!*
Saturday, August 30, 2008 | 0 Comments
Jaga 4WD
Amalan penjagaan 4WD selepas balik dari ekspedisi lasak adalah satu perkara yang amat penting. Sekiranya ini diabaikan, 4WD anda akan cepat rosak.
Perkara pertama selepas balik dari ekspedisi lasak, 4WD anda perlulah dibasuh dengan bersih. Buangkan segala selut dan lumpur yang melekat di bahagian undercarriage. Kemudian hantar 4WD anda ke bengkel untuk pemeriksaan kalau ada apa-apa kerosakkan.
1. Pendawaian (wiring) - periksa dan tentukan wayar tidak putus atau pecah, terutamanya pada bahagian lampu depan dan belakang.
2. Tayar - periksa dan tentukan dinding tayar pada bahagian sebelah dalam tidak retak atau pecah.
3. Kebocoran minyak - periksa di sekeliling enjin, kotak gear, transfer case dan differentials bagi memastikan tidak ada apa-apa kebocoran yang berlaku. Periksa dan tambah minyak enjin sekiranya perlu.
4. Tie rod - Pastikan tie rod arm tidak bengkok.
5. Bolt - Periksa dan tentukan kepala bolt tidak ada yang longgar.
6. Sesendal getah - periksa dan pastikan semua sesendal getah tidak pecah dan masih terlekat pada penyangkut pegas.
7. Brek - bersih di sekeliling gelendong brek dan kasut brek. Laraskan brek jika perlu.
8. Radiator - bersih dan buang agas-agas dan lain-lain serangga yang terlekat pada jaring radiator.
9. Bateri - bersih dan ketatkan kepala penyambung bateri. Periksa air bateri.
10. Pembersih udara (air cleaner) - bersihkan debu-debu yang terlekat pada bahagian itu. Jika perlu gantikan elemennya.
Selain itu, apa juga sekeru yang longgar perlu diperketatkan dan pastikan kenderaan 4WD anda berkedaan baik untuk sentiasa bersedia menyahut cabaran merentasi laluan lasak di hutan pada bila-bila masa.
*Jom kita masuk hutan....!!*
Saturday, August 30, 2008 | 0 Comments