Rekreasi 4WD - Musim Hujan
Satu rekreasi 4WD atau lebih tepat lagi Cabaran 4WD Musim Hujan akan diadakan pada bulan Disember ini. Ekspedisi 4WD selama tiga hari dua malam ini akan bermula dari pekan Slim River, Perak menuju ke Post Tenau dan keluar ke Kuala Lipis, Pahang.
Acara ini terbuka kepada semua pemilik-pemilik 4WD di Malaysia dan juga peserta-peserta luar negara. Dalam ekspedisi hardcore cabaran musim hujan itu dijangka akan menempuh laluan yang sukar dan tidak menentu. Maka kepada peserta-peserta yang ingin mengambil bahagaian perlulah mempunyai kelengkapan sepenuhnya ke atas kenderaan 4WD mereka.
Ekspedisi lasak anjuran Slim 4WD ini dijangka akan menarik minat ramai peserta-peserta luar negara. Selain daripada itu pihak penganjur juga sedang berurusan dengan beberapa sayarikat penaja. Pada malam pertama di Post Tenau, pihak penganjur akan mengadakan malam amal dan sumbangan derma pakaian dan barang-barang makanan kepada penduduk Orang Asli di Post Tenau.
Thursday, November 13, 2008 | 0 Comments