Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Tasik Kenyir - Gua Musang

4WD Recce Team dari Tasik Kenyir ke Gua Musang. Itulah pengalaman pertama saya meredah hutan rimba apabila dipelawa oleh Dr. Zaini Sharani (ahli Camel Trophy Australia) untuk menyertai bersama group Asian Adventure pada tahun 1988 dulu.

Dah lama tu...! Yalah kira-kira 20 tahun dulu. Tapi ketika itu hutan masih cantik. Tak banyak berlaku kemusnahan pada hutan rimba kita kalau dibandingkan sekarang sekarang ini. Peneroka atau pembalak haram kalau adapun hanya sipi-sipi aje.

Sekarang ni kalau kita ikut siaran berita TV, kemusnahan hutan akibat peneroka haram atau pembalak haram semakin banyak berlaku. Sehinggakan pihak berkuasa kita dah mati kutu nak pantau kegiatan ini.

Sebenarnya kalau kerajaan kita nak pantau perkara ini bukanlah susah sangat. Kalau di Thailand dan Burma mereka boleh gunakan askar untuk menjaga warisan rimba, rasanya kita pun boleh buat macam itu juga. Kalau nak seribu daya, kalau tak nak sejuta dalih.

Maaf, dah tersasul pulak saya. Kita berbalik kepada cerita kali pertama saya ikut recce team Asian Adventure merintis laluan dari Tasik Kenyir ke Gua Musang tadi.

Kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur sebanyak 4 buah 4WD. Dr. Zaini memandu Nissan Safari LWB dan saya naik bersama dia. Wan Mohktar (sekarang dah YB Dato') pandu Land Rover bersama dua orang kawan. Halim Rahman (ahli Camel Trophy Madagascar/Petronas Adventure Team) pandu Land Cruiser SWB dengan 3 orang kawan dan Capt. Mohktar Chini pandu Pajero dengan 2 kawan lagi.

Tiba di Kuala Terengganu kami bermalam di rumah persinggahan milik Dr. Zaini di tepi pantai Marang.


Pagi besok selepas sarapan di warung Pak Din, kami singgah di kedai runcit untuk menambah ration makan kami selama berada di hutan nanti.


Ketika kami mula meredah laluan offroad di tepi Tasik Kenyir, kami bertembung dengan Land Rover Jabatan Perhilitan. Pada mulanya mereka sangkakan kami pemburu haram. Tetapi setelah menerangkan tujuan kami, mereka ketawa berdekah-dekah. Mereka tuduh kami ni dah gila nak cari jalan dari situ keluar ke Gua Musang, kerana mati-mati mereka dakwa dari Tasik Kenyir tak boleh tembus keluar ke Gua Musang.

Selepas bersalam dengan ranger Jabatan Perhilitan, kami teruskan ekspedisi recce kami. Pada awalnya perjalanan, tak banyak halangan yang kami tempuhi. Aku tengok Dr. Zaini pun relak aje driving, tak payah guna gear four wheel low kerana laluan offroad hanyalah tahap intermediate aje.

Cuma di sepanjang perjalanan bersepah dengan tahi gajah. Ini bermakna hutan itu masih banyak didiami oleh binatang-binatang buas. Kami perlu lebih berhati-hati.

Setelah hari mula senja, kami tiba di tepi sebatang sungai yang airnya hitam pekat dan hanya mengalir lesu. Lebih terkejut lagi apabila terdapat sebuah jambatan konkrit yang cantik merentasi sungai itu. (Inilah jambatan yang digunakan sekarang dalam menghubungi Tasik Kenyir ke Gua Musang)

Setelah meninjau tapak yang sesuai untuk berkhemah, akhirnya Halim Rahman cadangkan kami berkhemah di bawah jambatan itu. Kawasannya agak lapang dan dikira amat sesuai dan selamat kami berkhemah di situ.


Di bawah jambatan ini tempat perkhemahan kami pada malam pertama. (Gambar-gambar hitam putih ini adalah gambar-gambar original dalam simpanan saya sekarang semasa ekspedisi recce itu).

Cuma masalahnya sungai di situ tak sesuai untuk kami mandi. Jadi selepas makan malam, kami pergi ke satu alor yang airnya mengalir jernih untuk mandi.

Dalam pada seronok dan leka mandi, tiba-tiba kami dengar batang-batang pokok ditumbangkan dan tak semena-mena trumpet gajah semakin jelas ke telinga kami. Capt. Mohktar Chini minta kami bertenang dan pelan-pelan kami balik ke khemah.

Malam itu antara tidur tak tidur, sedar sedar hari dah pagi.

(Nanti kita sambung lagi....)