Nasi Buloh
Makan malam kita semasa camping nanti, kami rancangkan untuk mengadakan nasi buloh. Katanya hidangan nasi buloh ini amat lazat dan menyelerakan. Pengalaman saya sendiri yang sudah hampir 20 tahun keluar masuk hutan belum berkesempatan menikmati hidangan nasi buloh ini. Jadi untuk malam itu, memang kami looking forward for it.
Beras yang dibasuh bersih akan dibungkus di dalam daun 'lerek' dan dimasukkan ke dalam buloh yang banyak terdapat di situ. Kemudian ia akan dibakar seperti membakar lemang sehingga masak.
Saya diberitahu bahawa hidangan nasi buloh ini amat sedap dimakan dengan sardin. Tetapi sebagai tambahan menu, kami akan sediakan lauk ikan tengas atau ikan kelah. Untuk peserta yang tak makan ikan air tawar, kami akan sediakan hidangan ikan laut. Kalau nasib kita baik, kita berpeluang merasa daging landak.
Peringatan penting kepada semua peserta, minuman mineral water mereka mesti sediakan sendiri. Penganjur hanya menyediakan minuman kopi dan teh sahaja.
Sunday, January 18, 2009 | 0 Comments
Campsite Gapis Adventurous
Seperti yang dilihat dalam gambar-gambar di atas, itulah tapak campsite Gapis Adventurous pada 7hb - 8hb Februari nanti.
Tapak campsite ini dikendalikan oleh penduduk tempatan di mana kita dikenakan sedikit yuran untuk sewa tapak itu. Di samping itu, untuk kemudahan kita ada sebuah tandas dan mereka akan menyediakan generator set untuk menyalurkan api letrik kepada kita, Jadi malamnya taklah gelap sangat.
Tapak campsite ini sudah pelancong-pelancong luar dan dalam negeri datang camping ini kerana sungai yang cantik. Selain itu di sungai ini terdapat banyak ikan kelah dan tengas. Cuma kalau ada peserta yang bawa anak-anak kena berhati-hati sikit selain dari airnya deras, batu-batu di sungai ini agak licin.
Jadi kami mohon pada ibu bapa yang anak-anak, mereka mestilah bertanggungjawab ke atas keselamatan anak-anak mereka. Penganjuran kami hanyalah untuk keseronokkan kawan-kawan dan bukannya bermotifkan keuntungan. Mana yang boleh kami awasi, kami akan awasi setakat kemampuan kami. Tetapi sekiranya berlaku kemalangan, janganlah pula kami dituduh tidak bertanggungjawab.
Senang kata, "everybody at their their own risk".
Sunday, January 18, 2009 | 0 Comments
Atan 'Tok Batin'
Setiba kami di Slim Village, saya memperkenalkan Khyrul Alfie, Kmangz Azam, Zali dan Shahron Nizan kepada Atan 'Tok Batin' yang akan menjadi orang kuat kita dalam menjayakan Adventurous Gapis nanti.
Kalau anda tengok yang ada sebatang aje kat Atan Tok Batin tu, anda jangan pulak gelak. Sebenarnya saya pernah bersuara pada dia untuk sponsorkan denture, tapi katanya tak boleh kerana gusinya terlalu kuat, nantikan habis denture tu dimamahnya.
Tapi apapun dia tak hebohkan tentang itu seperti pemain hoki negara yang suka heboh dalam TV mengatakan, "mereka tak gelakkan saya lagi sekarang, bahkan saya gelak besar pada mereka".
Saya kenal Atan Tok Batin ni 15 tahun lalu kat dalam hutan. Masa tu saya pergi bersama grup KTM Dirt-Bike dengan menunggang motosikal KTM keluaran terbaru. Kami camping di Post Tenau dekat sempadan Perak/Pahang.
Atan Tok Batin pun ikut sama di bawah Pejabat Daerah Slim River dengan menunggang motosikal scrambler Suzuki TS125. Masa camping malam tu saya tak kenal dia. Tetapi masa balik besok...entah macam mana saya boleh sesat dalam hutan. Nasib baik Atan nampak saya dan dia pandu saya keluar dari hutan.
Mulai saat itu saya berkawan baik dengan baik dia. Sehinggakan saya dapat beli tanah kebun saya di sana pun dia yang tolong. Tolong ada makna, tauuuu!!! Hehehe...!
Untuk tapak campsite kita nanti Atan Tok Batin juga yang syorkan kami camping di situ. Suara ramai daripada saya, Khyrul Alfie, Shahron Nizan, Zali dan Kmangz Azam bersetuju sangat dengan campsite di situ.
Kami berharap semua participants Adventurous Gapis akan suka dengan campsite itu.
Sunday, January 18, 2009 | 2 Comments
Recee Lokasi Campsite
Bagi memastikan event Adventurous Gapis berjalan lancar, saya sarankan pada Khyrul Alfie supaya dia luangkan masanya untuk ikut saya recce lokasi tapak campsite event tersebut di Ulu Slim, Perak.
Memandangkan Khyrul Alfie adalah penganjur bersama event itu, saya lebih suka dia tengok sendiri lokasi tapak campsite dan berpuas hati. Saya tak mahu buat keputusan sendirian dalam menentukan tapak campsite ini. Biar semua setuju dan peserta pun akan tentu puas hati.
Dalam lawatan kami ke sana pada hari Sabtu lalu, Shahron Nizan, Kmangz Azam dan Zali ikut sama. My other half dan kak Long, anak gadis Shahron Nizan pun ikut sama. Ramai tu recee lokasi. Semua nampaknya dah benar-benar teruja dengan event yang mula menjadi perbualan hangat di facebook.
Event camping Adventurous Gapis, Ulu Slim, Perak ini bukan sekadar diketahui oleh masyarakat Malaysia sahaja, bahkan ia dah merebak ke seluruh dunia. Sehinggakan beberapa orang Mat Saleh dan Minah Saleh dari USA dan Europe pun boleh hantar email pada saya bertanyakan tentang event ini.
Pertama, apabila mereka baca, perkataan 'event' tu memang mereka tahu. Itukan perkataan mereka. Perkataan 'camping' dan 'adventurous' pun mereka faham. Kita memang tak boleh kelengtong mereka. Begitu juga dengan perkataan 'Slim', mereka faham juga.
Tetapi tang perkataan 'Gapis' dan 'Perak', mereka mula buta huruf. Maka mereka minta penjelasan yang lebih lanjut. Nak tak nak, saya terpaksalah berikan mereka sedikit penerangan. Lantas ada yang menjawab email saya, "Yes, I want to come to Gapis to buy silver". Hehehe....
Sunday, January 18, 2009 | 2 Comments