Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Recee Lokasi Campsite


Bagi memastikan event Adventurous Gapis berjalan lancar, saya sarankan pada Khyrul Alfie supaya dia luangkan masanya untuk ikut saya recce lokasi tapak campsite event tersebut di Ulu Slim, Perak.

Memandangkan Khyrul Alfie adalah penganjur bersama event itu, saya lebih suka dia tengok sendiri lokasi tapak campsite dan berpuas hati. Saya tak mahu buat keputusan sendirian dalam menentukan tapak campsite ini. Biar semua setuju dan peserta pun akan tentu puas hati.

Dalam lawatan kami ke sana pada hari Sabtu lalu, Shahron Nizan, Kmangz Azam dan Zali ikut sama. My other half dan kak Long, anak gadis Shahron Nizan pun ikut sama. Ramai tu recee lokasi. Semua nampaknya dah benar-benar teruja dengan event yang mula menjadi perbualan hangat di facebook.

Event camping Adventurous Gapis, Ulu Slim, Perak ini bukan sekadar diketahui oleh masyarakat Malaysia sahaja, bahkan ia dah merebak ke seluruh dunia. Sehinggakan beberapa orang Mat Saleh dan Minah Saleh dari USA dan Europe pun boleh hantar email pada saya bertanyakan tentang event ini.

Pertama, apabila mereka baca, perkataan 'event' tu memang mereka tahu. Itukan perkataan mereka. Perkataan 'camping' dan 'adventurous' pun mereka faham. Kita memang tak boleh kelengtong mereka. Begitu juga dengan perkataan 'Slim', mereka faham juga.

Tetapi tang perkataan 'Gapis' dan 'Perak', mereka mula buta huruf. Maka mereka minta penjelasan yang lebih lanjut. Nak tak nak, saya terpaksalah berikan mereka sedikit penerangan. Lantas ada yang menjawab email saya, "Yes, I want to come to Gapis to buy silver". Hehehe....



2 comments:
gravatar
Alfiearth Studio said...
January 19, 2009 at 6:04 AM  

ha ha ha..Gapis ada silver ke Abg Ruslie :) saya rasa elok juga kita promote aktiviti Gapis ni ke luar negara. 2-3 email dari foreigner tu satu permulaan untuk yg lebih luas lagi. Insyallah.

gravatar
rusliesophian said...
January 20, 2009 at 5:15 AM  

hehehe...Gapis mana ada silver. Bijih timah kat Perak semuanya dah licin dikorek dan dibawa ke luar negara. Sehinggakan negara kita sekarang ni dah kering kontang tanpa apa-apa hasil bumi. Tgk aje jalan masuk ke campsite...pasir pun korek. Lama2 tak tahu apa lagi yang tinggal.
Kepada Mat Saleh2 tu...kita kena pandai kelengtonglah...!

Post a Comment