Jungle Stay
Di negara kita memang banyak terdapat home stay yang disediakan untuk pelancong-pelancong yang ingin menikmati tinggal dan makan secara orang kampung.
Tetapi konsep jungle stay memang kurang. Kalau ada pun mungkin tak seberapa dan selainnya dikendalikan oleh kelab-kelab 4wd atau syarikat-syarikat yang mengendalikan acara 4wd dengan membawa pelancong meredah hutan rimba dan bermalam secara camping di dalam hutan.
Konsep yang akan diwujudkan nanti ialah camping di dalam sebuah kebun buah-buahan yang terletak di dalam hutan.
Oleh kerana tempat itu tidak ada kemudahan asas seperti letrik dan air paip, maka tetamu-tetamu terpaksalah terima dengan apa yang ada.
Pada sebelah malam hanyalah pelita-pelita ayam yang akan menyinari kawasan sekeliling. Sementara tetamu-tetamu akan tidur di dalam khemah dan pondok-pondok yang didirikan secara pondok Orang Asli.
Cuma untuk sedikit keselesaan, tandas akan disediakan. Tetapi mereka akan mandi di sungai atau paip air yang disedut dari sungai berhampiri.
Memasak di sini semuanya disediakan secara kampung atau lebih kurang style Orang Asli memasak di dalam hutan. Tidak ada dapur gas atau dapur moden. Semuanya akan dimasak dengan menggunakan dapur kayu. Ya, strictly dapur kayu.
Memandangkan tidak ada api letrik, harapan untuk melayari internet atau nonton TV tak adalah nampaknya. Kalau boring-boring mungkin bolehlah dengar radio transistor yang berkuasa bateri.
Tetapi saya yakin tidak ada peserta yang akan boring tinggal di sini. Ini kerana banyak aktiviti-aktiviti yang akan disediakan. Setelah malam menjelang, saya pasti semuanya akan kepenatan dan tidur dengan lena hingga ke pagi. Lagipun kawasan di sini pada sebelah malam agak dingin.
Saya akan uruskan dengan Orang Asli di kampung berhampiran untuk datang mempamerkan kebolehan mereka dalam seni-seni kraftangan. Bagi yang berminat bolehlah beli untuk dibuat kenangan.
Pada malam terakhir tetamu-tetamu akan dihidangkan jamuan BBQ dan camp fire. Selain daripada tarian sewang daripada kumpulan Orang-Orang Asli, para tetamu akan diminta membuat sketsa dalam berhibur pada malam itu.
January 4, 2009 at 4:40 AM
bunyi mcm seronok je kan... yelah..lama juga dan meninggalkan alam perkhemahan ni... erm.. kalau nak join pun kene la ada member2 nak join skali kan.. tp.. sesaje sesaji nak join grup orang lain boleh ke?? hehehhe ..maklum la..org baru lagi kat sini.. teman seperkhemahan pun takder lagi..
January 5, 2009 at 6:25 PM
Saya pun rasa teruja juga untuk ikut sama. Maklumlah dah lama tak masuk berkhemah dalam hutan...rasanya tentu seronok, ya.
January 5, 2009 at 6:31 PM
Untuk pengetahuan Dean dan Dang Lina, tempat itu ramai kawan saya yang datang rasa macam tak nak balik.
January 6, 2009 at 6:32 AM
ok...kitorang dah set time 7hb Feb - 8 Feb 2009. 2 hari 1 malam..untuk permulaan :) nanti kita bincang dalam FB bro :)
Post a Comment