Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Gapis Adventurous Camp

CATATAN PERJALANAN.

Sudah seminggu event ini berlalu saya baru berpeluang untuk membuat catatan perjalanannya kerana sibuk menyiapkan proposal untuk pitching dengan RTM.

Seperti yang dirancangkan peserta2 event dikehendaki berkumpul di stesyen minyak Petronas R&R Rawang pada pukul 8.30 pagi. Saya terlewat tiba dalam setengah jam kerana terpaksa berkemas banyak barang2 yang perlu dibawa untuk camping itu.

Dalam perjalanan ke sana, hanfon saya bertalu-talu berdering kerana sudah ada peserta yang menunggu di stesyen minyak. Dalam pada itu, Khyrul Alfie beritahu dia tersangkut dekat Batu Cave selepas mengambil pakaian untuk didermakan kepada Orang Asli dari pejabat Mathias di Wangsa maju.


Sepatutnya pukul 9.30 pagi kita sudah mulakan konvoi ke Tanjung Malim, tetapi ada beberapa peserta yang perlu mengisi perut mereka dulu, maka perjalanan kami tertunda hampir satu jam.


Tiba di Tanjung Malim kami berhenti untuk mengambil dua orang gadis dari UPSI yang akan menyertai kami. Peserta2 lelaki berebut-rebut ajak gadis itu naik kereta mereka. Tetapi Nuar juga yang bernasib baik apabila Cima dan Nurhamidah tumpang naik keretanya.


Ketika melepasi Proton City, Alfie call saya beritahu ada kereta Gen2 pancit tayar di belakang. Perjalanan tertangguh seketika kerana menunggu tukar tayar kereta itu. Yang melambatkan kerana terpaksa keluarkan semua barang2 dulu sebelum dapatkan keluarkan tayar spare. Tetapi dengan bantuan ramai tenaga kerja maka tidaklah rumit sangat.


Tiba di Slim Village saya membawa konvoi berhenti di pekan kecil itu kerana saya perlu call Atan Tok Batin. Sementera Atan datang, peserta mengambil peluang membeli barang2 yang diperlukan. Bahkan ada peserta yang sempat masuk restoran order makan tengah hari.

Dari situ, perjalanan kami terus ke kampung Orang Asli di Kampung Pisang. Kami ke rumah Tok Batin, tetapi beliau tidak ada di rumah. Sementara menunggu anaknya pergi cari Tok Batin, kami ke air terjun Lata Serpik yang tidak berapa jauh dari kampung itu.


Di situ, saya minta Alfie dan Azam bawa peserta ke air terjun sementara saya menunggu Tok Batin di alor sungai air terjun itu.