Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

4WD Recce Team

Tugas yang paling mencabar dalam mengadakan acara 4WD ialah recce team atau pasukan peninjau yang akan membuat trek atau laluan untuk acara tersebut. Sebelum sesuatu ekspedisi diadakan, biasanya pihak penganjur akan menghantar sekumpulan recce team untuk merintis laluan bagi ekspedisi itu.



Mana yang seronok mengikut ekspedisi atau reccee team? Bagi saya lebih seronok lagi menyertai recce team. Walaupun penat dalam merintis laluan yang sukar dan mencabar, namun ianya seronok. Recce team tidak terkejar-kejar memburu masa. Kami akan berkhemah di mana sahaja sebaik hari menjelang malam. Dalam keadaan yang tidak menentu itu, kita kena lebih berjaga-jaga sikit. Maklumlah dalam hutan, segala bentuk mak nenek ada.



Bila tiba di sesuatu laluan yang terputus hubungan akibat jambatan pecah atau sebagainya, kenalah bekerja keras mengangkat batang-batang kayu sebagai titinya. Kadang-kadang sehingga sehari suntuk baru beres tugas itu. Tapi memang seronok. Makan secara ala-kadar pun tak apa.

Ada masanya sampai tiga hari tak mandi pun ada. Bila terjumpa sungai yang cantik, mulalah berendam sakan. Tapi ada ketika juga balik ke rumah dengan beg pakaian yang dibawa langsung tak berbuka. Ini bermakna sehelai pakaian pun tak berganti. Maklum sajalah...!!