Land Rover Discovery 2009
Land Rover Discovery pernah digunakan untuk acara lasak Camel Trophy menggantikan model Defender. Ketika itu model Discovery yang telah diubahsuai untuk acara itu memang nampak gah dan macho. Ditambah pula dengan dipasangkan winch dan lain-lain kelengkapan 4WD pada kenderaan itu memang nampak maskulin.
Tetapi apabila saya mendapat gambar model Discovery 2009 baru-baru ini, memang saya terkejut. Macho dan kejantanan model Discovery telah hilang. Dengan reka-bentuk berkotak begitu ia hanya sesuai sebagai kenderaan dalam bandar sahaja.
Apa pendapat anda?
Wednesday, November 12, 2008 | 0 Comments
Motosikal 2WD
Kalau selama ini kita hanya bercakap tentang kenderaan 4WD, rupanya sudah terdapat motosikal 2WD. Motosikal Yamaha berkuasa 450cc mula dikeluarkan pada tahun 2004 untuk acara lasak off-road. Saya akan masukkan ke sini apabila saya mendapat speksifikasi lengkap motosikal ini nanti.
Wednesday, November 12, 2008 | 0 Comments