Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Kenangan Member 4WD


Halim Rahman, YB Dato' Wan Mohktar dan Nasa.


Nasa dan Halim Rahman sedang berseloroh dengan personnel Sime Tyre.


Nasa bertindak sebagai Ketua Ekspedisi sedang memberi amanat terakhir kepada peserta sebelum berlepas sambil diperhati oleh Halim Rahman.


YB Dato' Wan Mohktar dan Karim Sungai Buloh melepaskan penat sambil menghirup kopi.


Inilah amalan kami bila berada dalam hutan, yang ringan sama dijinjing dan yang berat sama dipikul. Terpaksa ada team work, tidak nanti tak sampai kita!

Kadang-kadang bila sedang memandu 4WD berseorangan, kenangan bersama member meredah hutan rimba dulu kerap muncul dalam ingatan. Seingat saya, rasa-rasanya dah lebih 10 tahun kami tak berjumpa. Dr. Zaini Sharani, Wan Mohktar, Halim Rahman, Nasa, Ghazi, Capt. Mohk Cini, Karim Sg. Buloh, Acik Tg. Malim dan ramai lagi semuanya dah putus hubungan.

Dengar khabar Wan Mohktar kini sudah bergelar YB Dato'. Alhamdulillah semakin teguhlah kedudukkan dia. Halim Rahman dulu kerap baca dalam akhbar bila dia menganjurkan ekspedisi Trans China, Trans Siberia dan macam-macam Trans lagi. Sekarang nampaknya Petronas dah ada lagi ekspedisi2 Trans tu...!

Kalau masuk hutan dulu, Dr. Zaini memang suka bertengkar dengan saya. Tapi apapun dia tetap mahu saya naik kenderaan 4WD dia. Tentang makan minum dalam hutan dia seorang yang cukup sempoi.

Masuk hutan 4 hari, dia beli 10 keping roti canai di kedai mamak. Setiap hari itulah makanan dia selama dalam hutan. Bila roti canai dah naik cendawan, dia hanya jentik-jentik pada bahagian yang ada cendawan tu dan terus makan.

Sifat dia selalu tenang dan sabar. Dalam kami merintasi apa-apa halangan, dia tidak pernah terburu-buru. Tapi sifat adventure dalam diri dia tu kadang2 buat kita seram juga. Apa tidaknya. Ketika sedang memandu di malam hari apabila dia ternampak ada apa-apa yang pelik dan ganjil, dia akan turun dari jip dan mula meninjau berseorangan. Kita yang tinggal sorang-sorang dalam jip mula rasa risau apabila lama baru dia datang balik.

Wan Mohktar (Dato') dan Halim Rahman pula suka memandu laju. Mereka berdua selalu berentap laju dalam hutan. Yalah, kedua mereka memang pernah sama-sama terlibat dalam rally kereta.

Entahlah...! Mungkin di suatu hari nanti kami akan berjumpa dan dapat berkumpul masuk hutan sama-sama lagi. Tapi buat masa ni yang masih menjadi teman saya masuk hanyalah Atan otai 4WD.