Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

4WD Bukan Racing


4WD bukan untuk racing atau drifting. Banyak orang anggap 4WD memberi cengkaman baik pada keempat-empat tayar maka boleh pandu laju dan boleh kona baring. Ya! Kalau itu diamalkan, jawabnya terbaringlah dalam gaung.

Fahaman 4WD terbahagi kepada dua. Pertama, kereta 4WD untuk kegunaan dalam rally kerana memerlukan traction yang jitu pada kelajuan dan tinggi. Kedua, jip 4WD seperti Land Rover, Toyota Hilux dan sebagainya. Kenderaan jenis ini adalah untuk kegunaan laluan off-road di hutan dan perlu dipandu dengan hati-hati dalam melepasi setiap halangan.

Tapi macam mana pula dengan 4WD jenis jip yang digunakan dalam Rally Paris-Dakkar boleh dipandu laju?

Dalam perlumbaan seperti itu setiap kenderaan tidak membawa bebanan barang-barang kecuali tayar spare. Lagi pula kenderaan 4WD yang menyertai rally itu telah diubahsuai supaya boleh dipandu dalam kelajuan yang tinggi.

Menyertai acara 4WD seperti Camel Trophy umpamanya, setiap kenderaan perlu dipandu untuk melepasi halangan satu demi satu.

Dengan muatan barang yang banyak dan dengan terdapatnya winch pada bahagian bumper depan, sekiranya dipandu dalam kelajuan yang tinggi dalam mendaki atau menuruni bukit yang licin, apakah ia senang dikawal?

Kalau nak tahu, apa kata anda sendiri pandu laju dalam situasi begitu. Tapi ingat, pandu sendiri punya, jangan 4WD pinjam.