Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Atan Otai 4WD



Sapa tak kenal Atan aka Tok Batin 4WD Slim Village. Sapa aje nak pergi rekreasi 4WD ke hutan Ulu Slim pasti akan cari Atan. Ini kerana tanpa Atan, rekreasi mereka rasa macam lauk tanpa garam.

Atan sebagai orang lama 4WD di Slim Village tahu segala liku-liku offroad dalam hutan. Dia juga pemandu 4WD yang hebat. Tanpa menggunakan winch pun dalam keadaan laluan yang paling teruk dia tetap boleh melepasinya. Kita hanya kena tahan sesak nafas aje.

Selain itu, Atan juga seorang penunggang dirt-bike yang cekap. Walaupun usia dah setengah abab, calang-calang budak muda jangan cabar dia menunggang motosikal dalam hutan.

Tapi yang peliknya, semua Tok Batin di beberapa perkampungan Orang Asli kawasan Ulu Slim mengakui Atan ini adalah 'Batin' mereka.

Jadi sapa-sapa nak masuk offroad 4WD di Ulu Slim, carilah Atan sebagai guide anda.

Nak cari dia senang aje...pergi ke warung Atan di Slim Village, jumpalah dia.