Drama TV ala-Rekreasi 4wd
Bukan main manja lagi Emma Akma pada Aman Graseka.
Emma Akma dan Norish bantu 2 pelakon Orang Asli hafal dialog.
Mesranya Aman dengan Intan Marini.
Serani dan Yook Looi pelakon Orang Asli.
Pengarah J.Kadir sedang memberi arahan kepada Emma Akma dan Radhi Khalid.
Dalam membuat penggambaran drama TV ala-rekreasi 4WD sememangnya perlukan banyak pengorbanan bagi setiap produser. Maklumlah apabila mengadakan penggambaran di dalam hutan, kos-kos dan juga kes-kes yang tidak disangka tentunya akan berlaku. Sebab itu tidak banyak produser yang sanggup terlibat dalam drama seperti ini.
Meskipun lokasinya tidak banyak. Tidak seperti drama di bandar yang lokasinya melibatkan rumah, pejabat, restoran, pusat shopping, clubhouse dan macam-macam lagi, shooting drama di hutan ini hanya melibatkan lokasi berhampiran sahaja. Itupun semuanya free. Tak payah bayar satu sen pun.
Tetapi untuk mendapatkan lokasi yang bersesuaian bukannya senang. Kita perlukan khidmat penduduk setempat atau kalau dekat dengan kampung Orang Asli, kita perlukan bantuan daripada mereka. Dalam pada itu juga keselamatan artis dan krew serta peralatan penggambaran seperti kamera dan lampu-lampu perlukan pengawasan sepenuhnya.
Penggambaran di kawasan hutan ini juga masih perlukan lampu kerana cahaya matahari yang dlindungi oleh pokok-pokok besar tidak dapat menampung kehendakan camera dan adakala kita terpaksa juga mengadakan penggambaran scene malam. Oleh itu kita memang perlukan generator set. Sewa generator juga akan menambahkan kos produksi.
Perkara yang paling penting dalam mengadakan penggambaran di tempat begini ialah penginapan dan makan minum artis dan krew. Kalau hendak tidur di hotel atau resthouse di pekan dan berulang-alik keluar masuk ke hutan tentunya akan melipat gandakan lagi kosnya. Jalan terbaik, pasang khemah dan tidur dalam hutan.
Tetapi macam mana pula dengan bilik air dan tandas. Artis lelaki tak kisahlah, tapi macam mana pula dengan artis wanita. Namun semua itu atas kebijaksanaan pengurus produksi untuk menguruskannya.
Itulah yang telah kami lalui semasa mengadakan penggambaran tele-movie ala-rekreasi 4wd yang bertajuk 'Semalam Di Kinaboi' sedikit masa lalu. Namun setelah genap tempuh penggambaran dan hendak berangkat balik, semua artis dan krew terasa sedih dan sayang untuk meninggalkan tempat itu. Semua itu atas dasar macam mana pengurus produksi menguruskan semuanya.
Satu lagi kerenah artis dan krew serta keselamatan mereka perlu dititik beratkan. Maklumlah dalam hutan, macam-macam benda boleh terjadi.
Itulah sebabnya kita lihat di TV tak banyak drama seperti ini disiarkan. Ini kerana tak banyak production house yang sanggup shooting drama sebegini.
Tuesday, November 18, 2008 | 1 Comments