Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Rekreasi 4WD - Part 1


Menjelajah hutan rimba dengan 4WD sememangnya satu aktiviti yang menyeronokkan. Setidak-tidaknya ia merupakan satu percutian berkonsep baru yang membawa kita mengenali warisan alam di samping menikmati keindahan flora dan fauna di hutan hujan di negara kita.

Bagaimanapun, untuk melibatkan diri dalam ekspedisi atau sukan rekreasi 4WD ini kita perlukan sebuah kenderaan 4WD yang sederhana, tidak terlalu tua dan janganlah yang sudah uzur.

Tetapi tidak semestinya kenderaan 4WD yang terlalu baru dan canggih di mana harganya boleh mencapai sehingga ke paras ratusan ribu ringgit.

Apa yang penting kenderaan 4WD itu mestilah berada dalam keadaan baik dan yang pastinya ia tidak akan menyulitkan kita semasa meredah hutan rimba dengan laluan di permukaan bumi yang tidak menentu.

Pastikan juga agar gear pemacu 4WD low dan 4WD high berfungsi dengan baik. Ini penting untuk merentas laluan offroad yang mencabar di mana kita perlu menggunakan gear yang bersesuiaan dengan pemukaan jalan itu nanti.

Bagi mereka yang berkemampuan bolehlah mempertingkatkan keupayaan enjin dan sistem suspensi. Bagaimanapun, kosnya agak tinggi, ia boleh mencapai ke paras harga puluhan ribu ringgit.

Tetapi yang penting, peralatan seperti peti ubat kecemasan, kelengkapan perkakas spanar, alat pemadam api, bekalan air, minyak petrol/diesel, alat ganti dan tayar spare hendaklah disediakan sebagai kelengkapan asas di dalam kenderaan 4WD kita.

Di samping itu kenderaan 4WD itu perlulah dilengkapkan dengan beberapa keperluan lain seperti berikut:

1. Tayar jenis offroad yang lasak untuk memudahkan perjalanan pada laluan yang berlopak dan berbukit serta permukaan bumi yang tidak menentu.

2. 'Winch' bagi kegunaan untuk menarik kenderaaan 4WD kita apabila gagal melepasi pendakian bukit yang licin ataupun terbenam di dalam lumpur yang dalam.

3. 'Snacth-strap' bagi kegunaan merentap kenderaan 4WD keluar sekiranya tersangkut dalam lumpur atau untuk menunda kenderaan 4WD kawan yang rosak keluar dari hutan.

4. 'Spot-light' untuk kemudahan perjalanan malam yang kelam dan berkabus tebal.

5.'Jerry Can' untuk kemudahan membawa minyak petrol/diesel tambahan kerana perjalanan di dalam hutan yang tidak menentu bila kita akan keluar atau tiba di pekan yang terdekat.

6. 'High-lift-jack' untuk kemudahan menukar tayar sekiranya berlaku tayar bocor dalam hutan di mana permukaan bumi yang tidak menentu akan menyukarkan kita kalau menggunakan 'jack' kereta yang biasa.

7.'Tow hook' pada bumper depan dan belakang untuk kemudahan menarik.

8. Pam angin untuk tayar.

9. Sarung tangan perindustrian yang tebal untuk kegunaan semasa winching.

10. Minyak pelincir

11. Lain-lain alat-ganti seperti hos getah/air, tali kipas, palam pencucuh, fuse, bulb dan sebagainya.

Nanti kita sambung lagi......