Atan 'Tok Batin'
Setiba kami di Slim Village, saya memperkenalkan Khyrul Alfie, Kmangz Azam, Zali dan Shahron Nizan kepada Atan 'Tok Batin' yang akan menjadi orang kuat kita dalam menjayakan Adventurous Gapis nanti.
Kalau anda tengok yang ada sebatang aje kat Atan Tok Batin tu, anda jangan pulak gelak. Sebenarnya saya pernah bersuara pada dia untuk sponsorkan denture, tapi katanya tak boleh kerana gusinya terlalu kuat, nantikan habis denture tu dimamahnya.
Tapi apapun dia tak hebohkan tentang itu seperti pemain hoki negara yang suka heboh dalam TV mengatakan, "mereka tak gelakkan saya lagi sekarang, bahkan saya gelak besar pada mereka".
Saya kenal Atan Tok Batin ni 15 tahun lalu kat dalam hutan. Masa tu saya pergi bersama grup KTM Dirt-Bike dengan menunggang motosikal KTM keluaran terbaru. Kami camping di Post Tenau dekat sempadan Perak/Pahang.
Atan Tok Batin pun ikut sama di bawah Pejabat Daerah Slim River dengan menunggang motosikal scrambler Suzuki TS125. Masa camping malam tu saya tak kenal dia. Tetapi masa balik besok...entah macam mana saya boleh sesat dalam hutan. Nasib baik Atan nampak saya dan dia pandu saya keluar dari hutan.
Mulai saat itu saya berkawan baik dengan baik dia. Sehinggakan saya dapat beli tanah kebun saya di sana pun dia yang tolong. Tolong ada makna, tauuuu!!! Hehehe...!
Untuk tapak campsite kita nanti Atan Tok Batin juga yang syorkan kami camping di situ. Suara ramai daripada saya, Khyrul Alfie, Shahron Nizan, Zali dan Kmangz Azam bersetuju sangat dengan campsite di situ.
Kami berharap semua participants Adventurous Gapis akan suka dengan campsite itu.
January 19, 2009 at 5:59 AM
15 tahun yg lepas saya mungkin hanya seorang pemerhati gunung ganang dan hutan rimba dari jauh :)
January 20, 2009 at 10:16 PM
Bagus..., drp menjadi pemerhati gunung ganang dan hutan rimba sekarang dah mula menjelajah air terjun di hutan dan sungai berjeram di ladang sawit. hehehe....
Post a Comment