Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

4WD Di Malaysia


Apabila kita bercakap tentang kenderaan 4WD atau pacuan empat roda di Malaysia, seawal dahulu kita hanya kenal Land Rover sahaja. Ini kerana keseluruhan jabatan kerajaan kita ketika itu hanya menggunakan Land Rover.

Sehinggalah pada tahun 60an, Toyota Land Cruiser BJ40 mula memasuki negara kita. Diikuti pula oleh Jeep seperti model CJ5 dan CJ7. Pada akhir tahun 70an, Nissan dan Daihatsu mula dibawa masuk. Tetapi pada awal tahun 80an, kita diperkenalkan pula dengan Isuzu Trooper dan Mitsubishi Pajero yang turut mendapat tempat di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta.

Namun pada masa itu, kegunaan persendirian masih kurang. Kalau adapun, hanya pada mereka yang terlibat dengan pertanian dan pembalakkan sahaja. Tetapi selepas Dr. Zaini Sharani dan Halim Rahman terlibat dalam acara Camel Trophy di Australia dan Madagascar, tiba-tiba sambutan terhadap kenderaan pacuan empat roda mula hangat. Ekspedisi pacuan empat roda mula menjadi kegilaan ramai.

Tetapi sekarang, kenderaan pacuan empat roda banyak digunakan di bandar sahaja. Model-model seperti Kia Sportage & Sorento, SsangYong Musso & Rexton, Honda CRV, Nissan Murano & X-Trail, BMW X5 & X3, Volvo XC90, Volkswagen Touareg dan Porsche Cayenne hanya layak berada di atas jalan raya bertar sahaja. Kalaupun ia mampu meredah laluan jalan tanah merah seperti ke kebun getah atau kebun sawit, tentu sahaja pemiliknya tidak akan menggunakan kenderaan mahal itu di tempat sebegitu.

Kenderaan pacuan empat roda yang lasak dan layak menakluki laluan-laluan 'offroad' yang mencabar adalah seperti Land Rover Defender & Discovery, Toyota Land Cruiser & Hilux, Mitsubishi Pajero, Jeep Cherokee & Wrangler, Nissan Safari Daihatsu Rocky, Suzuki SJ410 dan Lada Niva.

Model-model seperti Ford Ranger, Mit Storm, Mazda Fighter, Suzuki Vitara, Nissan, TATA Telco juga turut mampu meredah laluan offroad. Namun di atas beberapa sebab teknikal, model-model ini bukan tidak boleh digunakan untuk ekspedisi pacuan empat yang lasak dan mencabar, tetapi ia agak kurang sesuai.

Ini kerana ada kenderaan pacuan empat roda yang sememangnya digerakkan dengan 4-roda sepenuh masa dan ada juga yang digerakkan dengan 2-roda yang mana kita perlu menguncikan pacuan 4-roda (diff lock) apabila memasuki laluan offroad. Tetapi sekarang banyak model baru kenderaan pacuan empat roda digerakkan dengan kekunci automatik untuk laluan offroad.

Nanti kita akan bercerita lagi dengan lebih lanjut tentang kenderaan pacuan 4-roda.



0 comments:

Post a Comment