Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Rekreasi 4WD - Part 2

Dalam pengembaraan 4WD ini anda dinasihatkan tidak membawa barangan berlebihan. Ini kerana ini kerap berlaku kepada peserta yang membawa anak isteri di mana mereka akan membawa bekalan makanan, pakaian dan lain-lain peralatan yang berlebihan sehingga memenuhi segenap sudut ruang dalam kenderaan itu.

Sebenarnya, keselesaan pemandu dan penumpang dalam laluan yang tidak menentu itu haruslah diutamakan. Dengan barangan yang berlebihan ia boleh mengganggu konsentrasi pemandu dan keselesaan penumpang pun turut sama tergugat. Keselamatan adalah teras kepada ekspedisi itu.

Amalkan seberapa rengkas yang boleh. Bagaimanapun, ia agak mustahak bagi anda membawa beberapa peralatan seperti berikut:

  • Barangan peribadi seperti sabun mandi dan sebagainya.
  • Kamera
  • Sebilah pisau jenis 'Rambo'
  • Pakaian jenis Safari, seluar panjang & kemeja lengan panjang (tidak digalakkan mengguna jeans kerana apabila basah susah kering).
  • Lampu gas, lilin dan lampu suluh.
  • Parang & cangkul.
  • Pinggan mangkuk & kole minum.
  • Dapur gas portable
  • Iglu tent, sleeping bag & sleeping bed.
  • Baju hujan.
  • Bekalan makanan secukupnya (makanan dalam tin dan jenis kering).
  • Bekalan air minum yang secukupnya.
  • Plastik untuk mengisi sampah dan sisa-sisa makanan.

Setelah lengkap semuanya, bolehlah anda mulakan perjalanannya, sama ada anda mahukan laluan offroad yang sederhana (medium) atau perjalanan yang lasak (hardcore).

Selepas ini kita sambung lagi.....





0 comments:

Post a Comment