Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

4WD & Warisan Rimba



Masuk hutan untuk rekreasi 4WD memang seronok. Tetapi dalam pada seronok itu, kita tidak harus abaikan dalam menjaga warisan rimba kita untuk generasi akan datang.

Sekarang kita seronok dan bangga kerana hutan rimba di Malaysia masih cantik, penuh dengan tumbuhan flora dan fauna yang cantik-cantik. Tetapi apakah 10 tahun atau 20 tahun akan datang, ia akan tetap sama? Apakah ia akan kekal cantik?

Tengok saja pada penerokaan hutan yang semakin berluasa! Sana sini balak ditebang. Tak kiralah sama ada sah atau haram. Kalau ini tidak banteraskan, lambat laun hutan kita akan jadi padang jarak padang terkukur. Generasi akan datang langsung tidak berpeluang merasainya atau mungkin mereka tidak akan kenal apa itu hutan.

Dalam mengatasi masalah ini, aku rasa sudah tibalah masanya pihak kerajaan kita mengimposedkan satu undang-undang dan denda yang berat bagi mereka yang melakukan pembalakan haram.

Selain itu, kita juga yang masuk dengan 4WD sudah menjadi satu tabiat suka membawa balik tumbuhan-tumbuhan hutan seperti orkid liar dan sebagainya. Amalan ini juga akan merosakkan flora dan fauna hutan kita.

Kepupusan binatang liar yang dilindungi juga turut dirasai. Sehinggakan landak, kancil, rusa pun sudah jarang ditemui. Sehingga sehari suntuk perjalanan kalau kita berjumpa dengan seekor biawak pun kira dah bernasib baik.

Jadi apa lagi yang ada di hutan kita sekarang? Selain dari penebangan kayu balak yang merosakkan eko-sistem hutan kita, binatang liar juga sudah semakin pupus.

Itu tidak termasuk lagi pencemaran hutan yang dilakukan oleh kita yang kononnya pergi untuk rekreasi 4WD. Jadi sampah sarap seperti botol, plastik dan tin-tin minuman dan makanan janganlah dicampak sesuka hati di dalam hutan.

Sama-samalah kita jaga 'Warisan Rimba' kita demi generasi yang akan datang!!



0 comments:

Post a Comment