Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

4WD Recce Kenyir - Gua Musang

Pada hari kedua ekspedisi recce track offroad dari Tasik Kenyir ke Gua Musang itu menjadi satu sejarah dalam pengalaman hidup kami semua.

Selepas sarapan jam sudah hampir pukul 8.30 pagi. Melihat cuaca yang cerah dengan matahari mula memancar terik kami yakin perjalanan kami tidak akan menghadapi banyak obstacle.

Apapun memandangkan bekalan air bersih kami hanya baki sikit saja lagi, aku cadangkan kita penuhkan semua tong-tong air yang sudah kosong. Tetapi Halim Rahman kata tak perlu kerana lebih kurang dalam dua perjalanan kami akan tiba di sebatang sungai cantik dengan air mengalir jernih dan boleh diminum direct.

Aku tegur lagi kerana pinggan makan selepas breakfast tadi semua kotor dan perlu dibasah. Tetapi dia berkeras. Katanya semua itu boleh dibasuh di sungai itu nanti. Aku akur kerana siapalah aku dalam trip itu.


Kami memulakan perjalanan melalui jambatan baru di tengah-tengah hutan rimba itu. Pada peringkat awal kami langsung tak hadapi apa-apa masalah. Perjalanan very smooth dan enjoyable bagi diri aku yang duduk sebagai penumpang. Dr. Zaini yang dah biasa memandu 4wd dalam hutan masih juga nampak relax walaupun ada ketikanya dia terpaksa gunakan gear four low.

Tetapi sebaik saja 4wd kami mendaki bukit, tak semena-mena hujan lebat turun. Ini bukan setakat lebat lagi, tapi memang lebat giler dengan air turun dari bukit bagaikan air terjun.

Aku mula panik apabila terasa 4WD kami mula mengulongsor ke bawah. Dr. Zaini cuba pecut laju dalam gear yang rendah dengan harapan kami lepas naik, tapi sia-sia.

Dr. Zaini segera turun cuba dapatkan batang kayu untuk menghadang 4WD gelongsor, tapi batang kayu pula dilarikan air bukit.

Aku toleh ke belakang. Wan Mohktar, Halim Rahman dan Capt. Mohktar Chini juga sudah keluar dari 4WD mereka. Dr. Zaini jerit supaya aku keluar dari jip dan bantu dia.


Kami terpaksa tarik kabel winch dan anchor ke pokok dalam cubaan menahan jip mengelungsor ke bawah. Dalam keadaan yang kelam kabut ketika itu, tiba-tiba Pajero Capt. Mokhtar Chini terbalik.

Selepas dua jam barulah hujan berhenti dan air yang mengalir dari bukit sudah mula berkurangan. Tetapi tugas kami belum selesai lagi. Kami kena angkat semula Pajero Capt. Mohktar Chini yang terbalik tadi.

Dengan menggunakan kabel winch dan pulley block yang digantung ke dahan pokok besar, Pajero itu dengan senang diangkatkan semula.




Oleh kerana jalan mendaki bukit basah dan lecak, 4WD kami mula menghadapi kesukaran mendaki. Kami hanya dapat bergerak dengan menggunakan winch yang dianchorkan dari satu pokok ke satu pokok.

Sehingga hari sudah lewat petang, 4WD kami hanya dapat bergerak sejauh 500 meter daripada masa mula-mula hujan tadi. Kesudahannya Dr. Zaini cadangkan kami berkhemah di suatu kawasan lapang.

Masing-masing bukan lagi lapar, tapi dah kebuluran. Apabila nak masak nasi, barulah kami sedar air bersih yang ada hanya tinggal saja. Nak tak nak, taruk saja air dalam beras tak perlu basuh lalu letakkan atas dapur.

Pinggan mangkuk yang kotor tak berbasuh selepas sarapan pagi tadi hanya dicuci dengan menggunakan daun-daun basah. Hah, ini dia baru dinamakan adventure.


Selepas makan malam dalam keadaan yang sungguh tak sempurna itu tetapi kami tetap seronok. Dalam pada sedang berbual riang, tiba-tiba datang satu bau yang sungguh tak menyenangkan hidup kami.

Semakin lama semakin dekat bau itu datang. Rupa-rupanya di kawasan kami berkhemah itu adalah laluan Pak Belang.



0 comments:

Post a Comment