Image Hosted by ImageShack.us


.

feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Gapis Jungle Camp

Kebiasaan di kampung-kampung banyak terdapat tempat penginapan 'Home Stay' bagi pelancong-pelancong luar dan dalam negara dalam mengenali adat resam, cara hidup dan makanan Melayu ala-kampung.



Mulai bulan Januari 2009 ini, saya memulakan satu langkah dalam mengenali konsep penginapan 'Jungle Camp' di kawasan kebun saya di Kampung Gapis, Ulu Slim, Perak.



Konsep ini lebih kepada camp building di mana para tetamu akan disediakan iglu tent, camp bed dan sleeping bag untuk penginapan malam. Air mattress akan disediakan di atas permintaan.



Kemudahan awam disediakan tandas. Tetapi untuk mandi hanyalah secara terbuka dengan menggunakan paip air pancut. Bagi tetamu wanita kena berkembanlah nampaknya.



Para tetamu akan dapat berinteraksi dan melihat sendiri bagaimana Orang Asli membuat kraftangan. Di samping itu akan turut diadakan demostrasi blow pipe. Bagi yang berminat kita boleh adakan competition blow pipe.



Acara jungle trekking dalam mengenali spesis flora dan fauna serta pokok-pokok herba juga akan diadakan. Kalau berkesempatan boleh lihat Orang Asli berburu.



Breakfast, morning tea break, lunch, noon tea break, dinner dan supper akan disediakan.

Malam terakhir akan adakan campfire, BBQ dan tarian sewang.

Memandangkan untuk masuk ke sini memerlukan kenderaan 4WD, para tetamu akan diminta menyimpan kereta-kereta mereka di sebuah kawasan di kampung dan mereka akan dibawa masuk dengan 4WD.

Apabila menginap di dusun ini samalah seperti tidur di dalam hutan. Banyak pantang laarang yang perlu dipatuhi. Namun keselamatan tetamu semuanya terjamin asalkan ikut peraturan dan garis panduan.

Pada musim buah, tetamu dijemput makan sepuasnya free of charge buah-buah pulasan, rambutan dan durian. Tetapi itu hanyalah pada bulan Julai dan Ogos sahaja. Kalau selain dari bulan itu, kalau nasib baik adalah jambu air, jambu batu dan mangga. Pokok cempedak dan nangka belum berbuah lagi.

Bagi saudara/saudari yang berminat ikutilah up-date di blog ini dari masa ke masa.



3 comments:
gravatar
Alfiearth Studio said...
December 29, 2008 at 3:31 AM  

Baca pun dah rasa feel semacam jer ni.. menarik ni

gravatar
Anonymous said...
December 30, 2008 at 7:09 AM  

alamak...best semacam je plan nye nih... iksh..nak join camno ek?? iksh.. tak pernah pegi jauh lagi selain putrajaya,kajang dan bangi... alamak..jadi katak dlm tempayan la...huhuuh

gravatar
rusliesophian said...
January 3, 2009 at 7:13 PM  

Alfiearth dan Dang Lina, terima kasih melawat blog saya yg tak seberapa ini.

Post a Comment