Camping Ala-Gawat
Akibat kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia sekarang ini, ramai yang hilang pekerjaan. Boleh dikatakan banyak firma-firma besar gulung tikar dan pekerja-pekerja diberhentikan.
Setelah menonton berita TV malam tadi, saya terpanggil untuk menulis di sini bagaimana Amerika, sebuah negara besar yang kaya raya boleh menyebabkan rakyatnya terpaksa berkhemah di tengah padang akibat kemelesetan ekonomi yang mereka alami.
Bermula daripada sebuah keluarga, sekarang sudah meningkat hingga lebih seratus keluarga turut berkhemah di situ. Alasan mereka hanyalah kerana hilang pekerjaan dan tidak terdaya menanggung kos sara hidup.
Kita harus bersyukur kerana di negara kita, kita masih belum alami hingga ke tahap itu. Belum ada kemiskinan yang dialami oleh rakyat kita sehingga terpaksa berkhemah.
Tetapi yang pasti, kita berkhemah (camping) sebagai satu acara riadah di hujung minggu bersama kawan-kawan dan kaum keluarga.
Post a Comment