4WD Kejar Trailbike
Bila kami pergi ekspedisi 4WD yang lasak, kerap juga trailbikers ikut serta. Biasanya motosikal yang mereka bawa berkuasa 650cc atau 750cc. Trailbike yang berkuasa tinggi ini dapat memberi sedikit keselesaan dan confident kepada penunggangnya.
Maklumlah dalam meredah hutan rimba dengan perjalanan yang jauh dan kadang-kadang terpaksa melalui transport road sebelum masuk hutan lagi, dengan motosikal berkuasa tinggi senang sikit.
Tetapi menunggang motosikal jenis ini dalam laluan hutan yang tidak menentu sebenarnya bukan senang. Terutama ketika mendaki atau menuruni bukit yang licin, sememangnya setiap penunggang memerlukan kemahiran yang tinggi demi mengelak daripada malapetaka.
Apabila ada kemalangan yang melibatkan kecederaan yang serius, biasanya riders akan tunggu kami untuk membantukan bantuan. Tapi kami dengan 4WD yang terpaksa merentasi halangan mencabar, kadang-kadang memang lambat sampai.
Pernah juga aku pinjam motosikal mereka untuk merasai cabarannya. Memang seronok. Seronok giler...!! Tapi menunggang dalam hutan dengan menunggang di jalan raya memang jauh berbeza. Setengah hari perjalanan aku dalam hutan itu, rabak juga sehelai seluar kerana asyik terjatuh.
Bukannya aku tak pandai bawa motosikal, tapi motosikal tak nak dengar arahan aku. Nak buat macam mana!
*Apa kata kita ramai-ramai masuk hutan dengan kapcai...?*
Post a Comment